1) Mazuin Ubong (SW180106196)
2) Lavenia Anak Martin (SW171005383)
3) Tusi Anak Bigot (SW171005372)
4) Lisaoda Ismail (SW180606962)
PENDAHULUAN
Penggunaan
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan bermakna memanfaatkan
kemajuan teknologi moden lagi canggih era digital sebagai pemangkin
perkembangan dunia pendidikan. Dengan menggunakan perisian atau aplikasi (software)
dan juga perkakasan atau gajet (hardware) ICT sebagai peralatan teknologi
pendidikan, maka pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat disampaikan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi PdPc tersebut.
Penggunaan ICT dan teknologi maklumat
dalam proses PdPc banyak memberi kesan yang baik kepada murid dan juga guru. Ia
membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc dengan lebih cekap, praktikal dan
mampu menarik minat murid, sekaligus memaksimumkan keberkesanan hasil
pembelajaran. Teknologi ini membolehkan guru membuat persiapan lebih awal bagi
menjalankan sesi PdPc kerana guru dapat mencari sebarang maklumat yang
diperlukan berkenaan dengan pengajaran yang mahu disampaikan dengan lebih
pantas dan baik.
Terdapat juga beberapa aplikasi kuiz-kuiz
atas talian yang boleh digunakan oleh warga pendidik secara percuma. Antaranya
ialah, Kahoot!, Quizziz, Socrative, Google Form, Plickers, Edpuzzle, Frogplay,
dan lain-lain lagi. Aplikasi yang kami pilih untuk tugasan ini ialah Plickers.
Plickers merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang
mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid.
Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad plickers. Setiap kad
adalah unik untuk setiap murid akan diimbas menggunakan telefon pintar. Data
imbasan akan dimuat naik kepada soalan dan jawapan murid serta analisisnya
boleh diperoleh secara ‘real time’.
LATAR BELAKANG
Plickers
adalah alat penilaian yang dibuat oleh guru yang sedang mencari cara yang cepat
dan mudah untuk memeriksa pemahaman pelajar. Alat penilaian ini membolehkan
guru mengumpul data penilaian formatif di tempat tanpa perlu menggunakan
pelajar menggunakan peranti atau kertas dan pensil. Guru boleh menggunakan alat
ini dengan perancangan sebelumnya atau dalam perjalanan seperti yang
diperlukan. Alat ini menyediakan guru dengan data yang diperlukan untuk
memaklumkan arahan mereka. "Ia memberi peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam pembelajaran tanpa merasa
mementingkan diri sendiri." (Plickers.com) Ini adalah alat pengumpulan
data yang membantu guru dan keseronokan untuk pelajar.
Plickers
bukan sekadar alat penilaian dalam talian yang menyeronokkan untuk pelajar
tetapi ia juga menyeronokkan dan mudah digunakan oleh guru. Plickers
membolehkan guru menyemak pemahaman pelajar. Dengan data yang dikumpul anda
boleh memaklumkan arahan anda untuk kelas susulan atau dalam masa nyata.
Pelajar tetap bertahan kerana mereka menonton untuk melihat jika kad mereka
diimbas, dan jawapan mereka dipaparkan. Kad boleh dibeli secara dalam talian
atau dimuat turun dan dicetak. Pelajar dari segala usia mencari Plickers
menyeronokkan dan mudah digunakan. Terdapat dua pandangan untuk melihat data
yang dikumpulkan, mod pelajar dan mod grafik. Mod pelajar, menunjukkan semua
kad pelajar dan nama, dan sama ada mereka telah menjawab atau tidak. paparan
graf menunjukkan cara pelajar menjawab. Pada kedua-dua pandangan anda mempunyai
pilihan untuk menunjukkan jawapan yang betul. Salah satu ciri kegemaran saya
ialah anda boleh melog masuk ke akaun anda semasa merancang pelajaran anda atau
jika pada suatu ketika semasa arahan anda memerlukan maklum balas serta-merta,
membuka aplikasi dan menambahkan soalan adalah percuma!.
KOMEN MENGENAI APLIKASI
Dewasa
ini, antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar
memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintergrasikan penggunaan teknologi
dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar.
Guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang
akan digunakan, terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila
teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam bilik darjah. Penggunaan
aplikasi Plickers merupakan satu cara untuk menilai sesuatu soalan yang terdiri
daripada pelbagai pilihan dalam suasana kolaboratif yang berkesan. Guru
berupaya mendapat data dan maklum balas yang cepat dan tepat terhadap
pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Hal ini
memberi manfaat kepada pengajaran guru iaitu mampu mendapat maklum balas yang
tepat mengenai kefahaman pelajar secara keseluruhan. Misalnya, memberi maklum
balas yang jelas berbentuk grafik secara langsung kepada guru dan juga pelajar.
Tambahan pula, aplikasi Plickers dapat membantu pemantauan terhadap pemahaman
pelajar dari segi kekuatan dan kelemahan topik yang dipelajari. Tamsilnya, guru
membuat langkah susulan daripada analisis item yang diperolehi bagi memperbaiki
kefahaman pelajar pada tajuk yang tertentu.
Penggunaan aplikasi Plickers sangat sesuai untuk dijadikan salah satu
bahan bantu mengajar yang berkesan pada abad yang ke-21 ini. Hal ini demikian
kerana, sistem aplikasi Plickers yang canggih dan menjadikannya pilihan guru
untuk dipraktikkan dalam kelas seperti kaedah pengimbasan yang memudahkan guru
untuk menanda kertas soalan dengan lebih cepat dan mudah. Aplikasi Plickers
boleh dimuat turun terlebih dahulu oleh guru sebelum menggunakannya. Ia juga
boleh digunakan di dalam kelas biasa tanpa memerlukan internet untuk mengaktifkannya.
Oleh sebab, pembelajaran abad yang ke-21 ini menekankan pelajar untuk bergiat
aktif dalam apa sahaja aktiviti pdpc justeru, aplikasi Plickers mampu
menggalakkan pelajar untuk bergerak aktif di samping menjiwai keseronokan
menggunakan aplikasi tersebut. Sebagai contoh, pelajar lebih seronok
menggunakan kad Plickers yang disediakan oleh guru dalam bentuk kertas keras
yang di laminate daripada hanya membaca buku teks. Sifat pelajar yang suka
meneroka dan keinginan yang tinggi membolehkan pelajar untuk menguasai dan
menyesuaikan diri dengan aplikasi Plickers yang dipilih oleh guru. Misalnya,
pelajar lebih suka melihat gambar, slaid dan video berbanding hanya mendengar
guru bercakap atau lebih dikenali sebagai ‘chalk and talk’.
Di samping itu, aplikasi Plickers juga mampu mendorong pelajar untuk
berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif atau dalam erti kata lain ialah
KBAT. Hal ini demikian kerana, mereka perlu menjawab dan menyelesaikan soalan
yang ditayangkan dihadapan dalam masa yang tertentu. Ketika menjawab soalan
pelajar tidak hanya merujuk kepada buku teks semata-mata akan tetapi
menggunakan logik serta pengalaman yang pernah mereka lalui. Selanjutnya, alat
berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas dan jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu sebagai contoh teknik soalan dan penyoalan
di mana guru mengajukan pertanyaan kepada pelajar sementara pelajar berusaha
untuk menjawabnya. Guru boleh menggunakan teknik penyoalan untuk mencerna
pemikiran pelajar sebagai contoh menjawab soalan kuiz iaitu pilihan jawapan
atau soalan yang berbentuk ‘betul atau salah’. Justeru, kaedah penyoalan ini
membantu guru untuk mengasah pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.
Aplikasi Plickers turut melahirkan interaksi serta hubungan yang lebih
baik dan mesra antara guru dan pelajar melalui teknik menyoal. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan atau menayangkan soalan dan pelajar
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Walaubagaimanapun, kejayaan
teknik ini dalam pdpc bergantung kepada kebolehan guru untuk meguasai teknik
menyoal. Oleh itu, kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk
mendapatkan sesuatu maklumat, akan tetapi membantu guru dan juga pelajar
membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan
bekerjasama. Pelajar digalakkan untuk bersosial bukan sahaja dengan guru tetapi
dengan pelajar lain yang ada dalam kelas tersebut. Misalnya, guru harus
mengemukakan soalan kepada keseluruhan kelas supaya pelajar dapat berbincang
sesama sendiri dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar yang
tertentu sahaja kerana guru bukan sekadar menyalurkan ilmu tetapi juga
berperanan dalam melahirkan interaksi sosial yang baik dalam kalangan pelajar.
Justeru, aplikasi Plickers yang digunakan dapat mengeratkan lagi hubungan yang
sedia ada antara guru dan pelajar.
BAGAIMANA APLIKASI MEMBANTU
MENCAPAI PDPC
Pertama
sekali, aplikasi ini dapat membantu guru membuat penilaian. Hal ini demikian
kerana, guru dapat menilai tahap kefahaman setiap pelajar melalui aplikasi yang
digunakan. Misalnya, hasil daripada jawapan pelajar menunjukkan purata
kefahaman pelajar terhadap soalan tersebut. Dengan ini, guru dapat melihat tahap
kemampuan pelajar dan mengkategorikan mereka mengikut tahap kefahaman mereka
terhadap soalan yang dikemukakan. Tegasnya, jelaslah bahawa aplikasi plickers
dapat membantu guru untuk penilaian secara teliti.
Seterusnya, aplikasi plicker juga dapat
memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu tugasan. Hal ini demikian kerana,
pelajar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru memberi arahan. Misalnya,
guru mengagihkan kad dan latihan kepada pelajar dan mereka akan menjawabnya
bersama-sama dengan guru, setelah habis menjawab guru akan ‘scan’ kad yang
diberi dan jawapan akan keluar di ‘white’. Tegasnya, jelaslah bahawa aplikasi
ini sangat mudah dan senang untuk difahami oleh para pelajar. Justeru, para
pelajar bukan hanya dapat mendengar
penjelasan daripada guru sahaja tetapi mereka boleh lihat dan membuat sendiri
untuk mengetahui tahap kefahaman setiap pelajar.
Di samping itu, aplikasi plickers ini
juga salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi setiap pelajar. Misalnya,
pelajar diberi masa untuk memainkan satu permainan di dalam kelas. Dimana,
setiap pelajar kena menjawab satu soalan yang berbentuk pengiraan sekiranya
aplikasi tersebut digunakan bagi matapelajaran matematik. Hal ini demikian
kerana, untuk menlihat sejauh manakah tahap pemikiran setiap pelajar yang
berada di dalam kelas tersebut. Sekikranya terdapat pelajar yang kurang
memahami, guru boleh membuat aktiviti yang berkesan seperti membuat latihan dan
penerangan dengan menggunakan aplikasi ini.
KEKANGAN
- Mengambil masa untuk ‘scan’ jawapan pelajar.
- Perlu ‘print’ code tersebut.
- Sesetengah pelajar boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan.
- Sumber yang terhad.
- Kaedah dan teknik pengajaran terhad.
KELEBIHAN
- Mudah setup
- Hanya perlukan peranti dan paparan skrin dari guru.
- Hanya perlukam SMARTPHONE guru untuk scan jawapan pelajar.
- Kertas Plickers Unique Code murid boleh diulang guna untuk beberapa kelas lain. Hanya perlu ubah senarai nama pelajar. Boleh dipelbagai guna,
- Boleh diakses secara percuma
Kad
Plickers mempunyai empat sudut dan setiap sudut memiliki label A, B, C dan D.
Kad Plickers ini sesuai untuk digunakan oleh murid. Murid boleh menggunakan
gambar yang pelbagai mengikut kreativiti mereka sendiri. Soalan dipaparkan dan
murid akan menunjukkan jawapan mereka menerusi kad Plickers. Setiap kad adalah
unik untuk setiap murid. Murid perlu menunjukkan kad mereka mengikut sudut
jawapan pada kad. Kad mereka akan diimbas menggunakan smartphone dan data akan
dimuatnaik kepada set-set soalan. Pada paparan, akan kelihatan jawapan murid
dan analisis boleh didapatkan. Sesuai untuk kelas yang tiada akses komputer dan
internet.
ii) Sains
Guru boleh menggunakan Plicker sebagai Pra-Penilaian
sebelum permulaan unit. Pelajar boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan
unit sains baru mengenai Pembangunan Mampan, seperti "Apakah Pembangunan
Mampan?". Guru boleh memaklumkan perancangan mereka selepas menganalisis
data pelajar dari pra-penilaian.
iii) Matematik
Pelajar
menyelesaikan masalah matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti menggunakan aplikasi plickers ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Maklum balas daripada guru dan pelajar menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan aplikasi ini di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Justeru, guru-guru yang lain boleh mengaplikasikan penggunaan aktiviti menggunakan aplikasi plickers ini di dalam kelas bergantung dengan tahap kesesuaian dari segi subjek dan tahap pembelajaran pelajar. Tegasnya, aplikasi plickers dapat dedifinasikan sebagai alat bantu mengajar dalam bentuk aplikasi maklumat yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, aktiviti menggunakan aplikasi plickers ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Maklum balas daripada guru dan pelajar menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan aplikasi ini di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Justeru, guru-guru yang lain boleh mengaplikasikan penggunaan aktiviti menggunakan aplikasi plickers ini di dalam kelas bergantung dengan tahap kesesuaian dari segi subjek dan tahap pembelajaran pelajar. Tegasnya, aplikasi plickers dapat dedifinasikan sebagai alat bantu mengajar dalam bentuk aplikasi maklumat yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.
RUJUKAN
Mohd Suhaimin Isnen (2017).
“Plickers” Aplikasi Terbaik Untuk Guru Yang Menginginkan Penilaian Segera Di
Dalam Kelas. Cikgu Suhaimi.com.
Saifulnizan Che Ismail (2017).
Pendidikan Untuk Semua Pendidik.
https://www.pendidik.com.my/2017/12/29/plickers-pdpc-abad-21/



